02 Oktober 2012

kiSah CinTa Mimo ♥

Mimo sangat suka ambil gambar bunga sebagai hobi pada masa lapang. Itu pun kalau tidak ada buat apa-apa kerja dan kebosanan di rumah. Mimo cintakan alam sekitarnya.

ermmm....hirup udara segar setiap hari memang bagus untuk kesihatan. Tetapi perindustrian yang semakin maju membuatkan persekitaran tercemar. Alangkah baiknya kalau setiap hari dapat melihat pokok-pokok hijau, bunga-bunga yang berwarna-warni.....wahhh......suka sangat la ♥♥♥

Hari yang indah akan mewujudkan suasana yang tenang dan harmoni. Rasa nyaman bila oksigen yang dibekalkan oleh tumbuhan hijau masuk ke saluran pernafasan Mimo. hehe ^_^*

Tiap pagi, Mimo tengok mesin-mesin dan robot-robot ciptaan manusia saja yang banyak bergerak semasa melalui jalan raya. Alaf 21 namanya memang la banyak mesin-mesin moden dan berteknologi tinggi tercipta.  Bila tengok tumbuhan hijau, mata bersinar-sinar dan rasa segar. Mimo ingin mengunjungi taman bunga seperti di Jardin Des Plantes, Paris. Indahnya tempat tu......Mimo rasa nak pergi je.....*setakat angan-angan je  ^_^* hehe




Tiada ulasan:

Catat Ulasan